Showing posts with label Masalah. Show all posts
Showing posts with label Masalah. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

Masalah

Kepada Sad gurl @ Stress gurl,

Dalam pembelajaran, kita perlu study smart dan bukan study hard. Saya rasa anda patut memberi perhatian dalam kelas dan menyiapkan homework. Jangan mengisahkan pandangan guru-guru anda yang negatif kerana anda ke sekolah untuk belajar. Cari cara yang efektif untuk anda belajar. Tanyalah pandangan rakan-rakan anda yang cemerlang dalam peperiksaan. Yang lebih penting, jangan terlalu cepat stress dan jangan menuggu sehingga ke saat-saat akhir sebelum peperiksaan untuk belajar. Buat persiapan yang lengkap. Dalam Islam, Allah tidak akan memberi dugaan kepada anda yang anda tidak boleh hadapi. Oleh itu, bersabarlah dan jangan putus asa.

Daripada,
PRS SRI AMAN

Tuesday, April 13, 2010

Masalah

Kepada sahabatku Confused Girl,

Anda telah menghantar surat kepada kami yang amat panjang dan kami pasti anda tahu siapa diri anda. Untuk menghormati privasi anda, kami telah memutuskan untuk tidak menulis masalah anda di sini. Berikut merupakan nasihat kami kepada anda untuk menyelesaikan masalah anda.

Pertama sekali, masalah ini adalah normal bagi setiap pelajar. Kami menasihatkan agar anda lebih memfokuskan diri dalam pelajaran kerana pelajaran amat penting bagi setiap individu. Pelajaran akan membuat diri anda lebih matang dalam membuat keputusan. Adalah tidak salah untuk mempunyai teman lelaki tetapi, pelajaran anda adalah lebih penting. Selepas itu, banyakkanlah berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar.

Kami juga merasakan bahawa mungkin anda patut sahaja berterus terang kepada lelaki yang anda suka itu. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu lagi tertanya-tanya sama ada dia menyukai anda atau sebaliknya. Kepada lelaki yang selalu mendengar masalah kamu pula, adalah lebih baik jika anda mengenali hati budinya dengan lebih dekat lagi.

Konklusinya, sebagai perempuan anda perlulah pandai menjaga diri. Anda masih muda and oleh itu anda perlu berfikir tentang pelajaran dan tidak terlalu risaukan hal-hal tentang lelaki. Masa anda akan tiba satu hari, anda hanya perlu menunggu.

Daripada,
PRS SRI AMAN

Tuesday, April 6, 2010

Masalah

"I ade problem pasal March test aritu, I dah cuba sedaya-upaya but masih sama keputusan I tetap teruk. Blaja pon dah semua I dah buat tetapi tak dapat markah yang bagus. I stress sangat. Semua cikgu pandang rendah kat I. Help me..."

Kepada sahabatku,

Walaupun keputusan exam anda teruk, anda masih perlu belajar bersungguh-sungguh. Mungkin satu hari nanti, berkat usaha anda, anda akan dapat keputusan yang cemerlang. Kami menasihatkan agar walaupun anda memperoleh markah yang teruk, teruskan lagi usaha anda. Cuba anda membuat study group dengan kawan-kawan anda. Selepas itu, cuba bertanya dengan pelajar yang pandai dan minta dia tolong anda dalam matapelajaran atau bertanya kepadanya tentang tip-tip belajar efektif. Banyakkan buat latihan dan kalau ada apa-apa yang anda tidak faham, tanyalah kepada guru.

Tidak ada seorang guru pun yang memandang rendah kepada anak muridnya. Jika anda berasa yang mereka pandang rendah kepada anda, jadikan itu sebagai satu cabaran. Buktikan kepada semua orang yang anda juga cerdik pandai. Selamat berjaya.


Daripada,
PRS SRI AMAN

Cadangan

"Saya cadangkan agar PRS memakai benda yang melambangkan seseorang itu PRS"

Kepada sahabatku,

Ahli PRS memang memakai sesuatu untuk menunjukkan bahawa kami PRS. Ahli PRS yang sah akan memakai lencana berwarna gold. Mungkin anda tidak perasan kerana beberapa ahli kami masih belum lagi mendapat lencananya.

Daripada,
PRS SRI AMAN

Sunday, April 4, 2010

Masalah

"Setiap hari Isnin, kami ada ICTL. Saya bawak pendrive yang baru lagi dan tak bukak lagi dari bekas dia. Bila sampai, pendrive saya hilang! Saya rasa pendrive tu tercicir. Esoknya, saya dengar ada pendrive hilang. Saya rasa pendrive tu saya punya, tapi tak tahu mana nak cari tempat Lost and Found. Help?"

Kepada sahabatku,
Pertama sekali, rujuk dengan guru ICT (Pn Azlina dan Cik Shathirah). Lost and found boleh dirujuk daripada guru yang bertugas pada minggu itu. Jika guru tidak dapat jumpa pendrive kamu, buatlah aduan kepada guru bertugas agar pengumuman dan tindakam dapat diambil. Jika tidak tahu guru bertugas, tanyalah pengawas. Semoga berjaya.

Daripada,
PRS Sri Aman

Masalah

"Saya selalu di marah oleh cikgu PJK saya. Dia sering memalukan saya di depan kawan sekelas dengan saya. Saya sangat stress!"

Kepada sahabatku,
Saya rasa anda perlu bertanya kepada guru PJK anda dimana kesalahan anda kerana guru tidak akan memarahi murid jikalau murid itu tidak membuat kesilapan atau salah. Selain itu, anda perlu mencuba membuktikan kepada guru anda bahawa anda bukan seperti apa yang guru anda katakan. Jika anda masih malu untuk bertanya kepada guru anda, anda bolehlah berjumpa dengan kaunselor atau ahli PRS.

Daripada,
PRS Sri Aman

Wednesday, March 17, 2010

Masalah

"Boyfriend aku control aku sangat. Bukannya aku tak suka dia, tapi rimas lah. Lepas tu, dia skandal dengan kawan aku. Aku tak tau nak buat apa, aku sayang dekat boyfriend aku, tapi aku tak nak hilang member aku jugak."

Kepada sahabatku,
Mempunyai teman lelaki tidak salah tetapi anda perlu ingat bahawa anda masih muda, dan perkara yang penting sekarang adalah menumpukan perhatian kepada pelajaran dan aktiviti sekolah. Anda ada banyak masa lagi untuk bercinta. Bila masa itu sampai, anda akan tahu untuk memilih teman lelaki yang setia dan tidak membuat anda berasa rimas. Anda juga perlu menasihati rakan anda supaya melakukan perkara yang sama dan jangan membazir masa yang ada sewaktu muda ini.

Daripada,
PRS Sri Aman

Masalah

"Assalamualaikum PRS, saya nak cadangan daripada PRS untuk saya jaga badan supaya saya kurus! Saya nak diri saya seperti orang lain. PRS boleh tak berikan saya jadual pemakanan atau lain-lain cara untuk saya menjadi sihat dan kurus seperti orang lain? Terima kasih."

Waalaikumussalam sahabatku,
Bukan anda seorang sahaja yang menghadapi masalah ini tetapi ramai remaja yang ingin menjadi kurus. Anda perlulah menetapkan jadual pemakanan yang betul dan lebihkan pengambilan makanan yang sihat seperti sayur dan buah-buahan. Jangan buat perkara yang drastik seperti diet berlebihan, tetapi kerapkan bersenam. Elakkan makanan ringan dan pengambilan snek pada waktu lewat malam. Semoga berjaya!

Daripada,
PRS Sri Aman

Masalah

"Saya ada seorang kawan yang sangat hipokrit. Dia suka menunjuk-nunjuk pandai! Dia bajet lawa dan sekarang dia tinggalkan semua kawan dia. Beliau juga terlalu obses dengan tubuh badanyya yang kurus seperti memerli orang yang gemuk. Plus, she macam say she like, already 'sedar diri' and found tuhan and she like, menunjuk-nunjuk as if we bawah dia."

Kepada sahabatku,
Jikalau anda betul-betul kawan dia, anda akan cuba memberitahu dia tentang masalah dengan cara yang terbaik. Jangan lupa untuk ingatkan dia bahawa anda sayangkan dia sebagai kawan. Cubalah nasihatkan kawan anda ini supaya dia tidak melanjutkan perangainya yang suka menunjuk-nunjuk itu.

Daripada,
PRS Sri Aman

Tuesday, March 16, 2010

Masalah

"Form 3's banyak sangat homework! I don't even have time to finish it. Pagi, sekolah, petang, koko, malam, tuition. And even if I do finish my h/w, I don't even have time to go online."

Dear Friend,

Seeing as this has become a problem, you should consult someone older who can help you to make a study timetable to better organize your time. Make sure you stick to the timetable. Learn to prioritize, start with which homework you have to hand in first. Also, seeing as going online is not a priority at the moment you should consider only going online on weekends.

Love,
PRS SRI AMAN

Masalah

"Oh PRS, masalah I hari nie adalah, I suka someone nie, senang dipanggil ______. Tpi die tk thu. Haha. Tpi die masih ingat I walaupun last meet last year. So, adakah patut I bgthu dia yg I suka dia? Oh, sngt malu. ;')"

Kepada sahabatku,

Saya rasa kamu patut mengenali lelaki ini dengan lebih mendalam sebelum memberitahu dia yang kamu suka dia. Mungkin lelaki itu tidak seperti tanggapan anda dan mana tahu dia mungkin berubah perangai daripada tahun lalu. Walaubagaimanapun, jangan lupakan pelajaran dan jangan terlalu stres tentang perkara ini.

Daripada,
PRS SRI AMAN

Wednesday, March 3, 2010

Masalah

"Saya ada masalah kekurangan kawan. Saya pun tak tahu mengapa mereka tidak suka akan saya. Saya keseorangan di sekolah ini. Mereka semua ada kawan dari sekolah tetapi saya tidak. Jika saya asyik bersama mereka, mereka pasti akan berasa rimas."

Kepada sahabatku,

Kita mesti yakin dan percaya akan diri sendiri. Sekiranya kita sendiri tidak, siapa yang akan percaya? Cuba fikir secara positif; bagaimanakah cara untuk saya mendapat kawan? Muahasabah diri, dan renungkan kekurangan diri kita untuk mengubah diri ke arah kebaikan agar lebih disenangi oleh orang-orang disekeliling kita. Kalau boleh, cuba tanya seseorang tentang apa kelemahan kita yang boleh dibaiki. Dalam masa yang sama, jangan terlalu risau akan masalah ini. Ia mengambil masa untuk melakukan perkara yang menyenangkan hati.

Daripada,
PRS Sri Aman

Masalah

"Saya rasa sangat tertekan dekat rumah, saya selalu kena mengalah dengan adik-beradik. Lepastu diaorang selalu ambil kesempatan agar saya dimarahi oleh papa. Tolong saya."

Kepada sahabatku,

Anda perlu banyak bersabar dan jangan mudah tertekan. Cuba setkan minda secara positif. Sekiranya adik-beradik anda selalu mengambil kesempatan ke ata anda, cuba terangkan perkara sebenar kepada papa anda. Cakap dengan papa dalam keadaan tenang dan jujur. Jangan mudah melenting, dan sekiranya kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan, anda tidak perlu berasa takut.

Daripada,
PRS Sri Aman

Masalah

"Rakan sekolah saya adalah orang yang terpenting bagi saya untuk menjalankan kehidupan seharian. Tanpa saya sedari, rakan-rakan saya telah berpecah-belah kerana bergaduh. Jika saya menegur, yang ditegur akan mengamuk. Apa yang patut saya buat? Tolong lah!"

Kepada sahabatku,

Sebagai seorang kawan, kita kena mencuba sedaya-upaya untuk selesaikan masalah di antara rakan-rakan kita. Kalau kawan kita terasa dan mengamuk, tidak mengapa. Cuba tegur dengan cara yang baik, tenang dan sabar. Cara yang terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah antara kawan awak dengan baik. Bawa kedua-dua rakan awak untuk berbincang supaya dapat menyelesaikan masalah. Jikalau mereka tidak mahu mendengar teguran kamu, cuba berkali-kali dan jangan berputus asa. Sebagai kawan, kita tentunya mahukan yang terbaik untuk rakan kita.

Daripada,
PRS Sri Aman

Monday, March 1, 2010

Masalah

"PRS... help me !!! I nk join olahraga MSSD, then this week ada saringan, tpi kan, this year ramai plak! susah la... tk suka! i nk pegi stadium!"

Kepada sahabatku,

Kami kagum dengan semangat anda untuk menyertai olahraga MSSD. Tetapi, anda juga perlu faham bahawa setiap pelajar juga ingin untuk menyertai MSSD. Kami menasihati anda untuk berlatih bersungguh-sungguh, cuba sedaya upaya dan akhirnya bertawakal kepada Tuhan. Jangan cepat putus asa dan cuba untuk memperbaiki diri anda setiap kali. Semoga berjaya!

Daripada,
PRS SRI AMAN

Sunday, February 21, 2010

Masalah

"Help me, I ada suka 1 lelaki ni, but dia lagi tua daripada I. I suka dia sebab dia handsome, cute, hot, cool, and banyak lagi.

Help me, macam mana I nak tarik perhatian dia. I tak nak you cakap pasal my age yang still young. Just help me macam mana nak dapatkan dia as boyfriend. Please!"


Dear friend,


At this age we really think that you should be focused on your studies and being a teenager. Our teenage years cannot be repeated ever again, so we have to make the most of it now. Don’t trouble yourself at this age with having a boyfriend because he will most likely cause disruption.

If you still want a boyfriend, I think you should go for someone who is more your age. That way you can talk of all the things that you both are going through together. This means that you are on the same wavelength with each other and you understand each other. It is even better if that someone influences you positively like in studies. Always remember to take care of yourself whenever you are with a boy.

Also, another thing is the reason to why you like this guy is because he is handsome, cute, hot and cool? In choosing someone to be our boyfriend, a good heart, attitude and personality is very important. Looks can be deceiving and don’t ever judge a book by its cover.

Love,

PRS SRI AMAN

Masalah

"Saya tertekan antara nak pilih sains tulen ke akaun selepas PMR. Ayah saya nak saya pilih sains tulen tapi saya takut saya tidak boleh skor dalam pelajaran itu. Mak kata pilih apa yang kamu nak jangan ikut ayah tetapi saya kesian ayah. Dalam dilema. Tolong."
Kepada sahabatku,

Pertama sekali, anda tak perlu risau kerana pada masa tingkatan 4 nanti, anda akan diberi pengenalan kepada semua matapelajaran sains tulen. Nasihat kami adalah, cuba anda mengambil aliran sains tulen dahulu. Kalau awal-awal anda rasa tak boleh bertahan, anda boleh minta daripada guru untuk keluar daripada aliran itu dan mencuba aliran akaun.

Seterusnya, ibu bapa anda memang inginkan yang terbaik buat anda. Sekiranya anda mengambil aliran sains tulen, tetapi markah anda tidak memberangsangkan, bagaimana anda nak menggembirakan hati ayah dan ibu? Sekiranya anda memilih aliran akaun, tunjukkan kepada ayah anda yang anda benar-benar ingin memasuki aliran akaun. Belajar bersungguh-sungguh dan buktikan kepada ayah anda. Saya yakin bahawa ayah anda tidak akan kecewa, dia pasti akan lebih bangga dengan kamu sekiranya kamu memperoleh markah cemerlang. Yang lebih penting, pilihlah matapelajaran yang anda minati dan sesuai dengan cita-cita anda.


Daripada,
PRS SRI AMAN

Sunday, February 14, 2010

Masalah

"PRS, saya dari kelas _____, saya telah mendapat 2A3B. Waktu Maths, saya tidak faham apa yang diajar. Malah, cikgu itu merendahkan saya dan kawan yang juga mendapat 2A. Kami rasa tidak layak bersekolah di Sri Aman. Tolonglah saya ..."

Kepada sahabatku,

Terima kasih kerana mengutarakan satu isu yang kerap berlaku. Pertama sekali, tidak ada seseorang pun yang tidak layak ke sekolah ini. Perkara ini pernah dinyatakan oleh pengetua kita sendiri. Sekolah ini bukan hanya mementingkan jumlah A yang anda peroleh, tetapi kami ingin pelajar yang mempunyai semangat untuk belajar dan mempunyai sikap yang baik. Saya berpendapat bahawa anda memiliki kedua-dua kriteria tersebut. Janganlah berputus asa dengan kritikan cikgu. Cikgu hanya ingin kamu berjaya dalam kehidupan. Anda dan rakan-rakan anda sudah lebih besar dan zaman persekolahan ini hanya akan bertambah sukar. Anda haruslah berusaha dengan lebih keras. Oleh itu, anggaplah keputusan UPSR anda itu sebagai titik tolak untuk lebih maju lagi. Tahun lepas telahpun berlalu, tahun ini tahun yang baru. Kuatkanlah semangat anda.

Daripada,
PRS SRI AMAN

Monday, February 8, 2010

Masalah

"I nak beli phone baru, coz my phone takde bluetooth, ada infrared je. I nak handphone lain, yang ada bluetooth, 3G and yang hebat-hebat lah. Tapi, my mom and my sis cakap, "Kau kecik lagi, jangan nak menggedik." Arghh, tolonglah. " :(

Kepada sahabatku,

Kami memahami perasaan anda kerana kami juga pernah melalui perkara yang sama. Tetapi, cuba anda fikirkan mengapa anda sangat memerlukan handphone baru? Adakah kerana kawan-kawan anda memakai handphone yang canggih jadi anda juga mahu begitu? Jika anda terlalu inginkan handphone baru, anda boleh memintanya sebagai hadiah hari lahir ataupun hadiah jika anda berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Jika ibu bapa anda masih tidak mahu memberikannya sebagai hadiah, anda boleh mengumpul wang anda dan meminta ibu bapa anda menambah yang selebihnya untuk memiliki handphone baru. Ataupun, anda boleh mengumpulkan wang sendiri sehingga cukup. Selamat berjaya =)

Daripada,
PRS Sri Aman

Sunday, February 7, 2010

Masalah

"Saya mempunyai masalah dengan ibu saya. Dia selalu memarahi saya kerana selalu mendengar lagu-lagu Korea dan menonton cerita Korea, tetapi itu telah menjadi salah satu tabiat saya. Saya rasa susah nak buang pulak -.- Tolong beri cadangan macam mana nak hilangkan tabiat ini."

Kepada sahabatku,

Setiap orang memang mempunyai hobi mereka tersendiri. Namun begitu, kita mesti pandai mengimbangkan masa yang diluangkan untuk hobi itu agar tidak keterlaluan. Dalam kes anda, saya rasa anda tidak perlu membuang tabiat ini, tetapi sebaliknya kurangkan masa yang anda luangkan menonton cerita Korea tersebut. Cuba anda berkompromi dengan ibu anda; contohnya anda hanya akan menonton 1 episod setiap minggu dan mendengar lagu Korea pada hujung minggu sahaja. Jangan biarkan tabiat anda ini menjejaskan kehidupan anda di rumah dan sekolah.

Daripada,
PRS Sri Aman