Tuesday, April 13, 2010

Masalah

Kepada sahabatku Confused Girl,

Anda telah menghantar surat kepada kami yang amat panjang dan kami pasti anda tahu siapa diri anda. Untuk menghormati privasi anda, kami telah memutuskan untuk tidak menulis masalah anda di sini. Berikut merupakan nasihat kami kepada anda untuk menyelesaikan masalah anda.

Pertama sekali, masalah ini adalah normal bagi setiap pelajar. Kami menasihatkan agar anda lebih memfokuskan diri dalam pelajaran kerana pelajaran amat penting bagi setiap individu. Pelajaran akan membuat diri anda lebih matang dalam membuat keputusan. Adalah tidak salah untuk mempunyai teman lelaki tetapi, pelajaran anda adalah lebih penting. Selepas itu, banyakkanlah berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar.

Kami juga merasakan bahawa mungkin anda patut sahaja berterus terang kepada lelaki yang anda suka itu. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu lagi tertanya-tanya sama ada dia menyukai anda atau sebaliknya. Kepada lelaki yang selalu mendengar masalah kamu pula, adalah lebih baik jika anda mengenali hati budinya dengan lebih dekat lagi.

Konklusinya, sebagai perempuan anda perlulah pandai menjaga diri. Anda masih muda and oleh itu anda perlu berfikir tentang pelajaran dan tidak terlalu risaukan hal-hal tentang lelaki. Masa anda akan tiba satu hari, anda hanya perlu menunggu.

Daripada,
PRS SRI AMAN

No comments:

Post a Comment