Sunday, February 7, 2010

Masalah

"Saya tidak hadir ke sekolah pada hari Jumaat lepas. Saya telah menanyakan kerja rumah kepada rakan saya. Dia menyatakan bahawa pada hari tersebut tiada kerja rumah. Akhirnya pada hari ini, saya dimarahi oleh Guru Sains kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi. Saya cuba menerangkan hal sebenar, tetapi cikgu tetap mengatakan bahawa saya malas! :( "

Kepada sahabatku,

Setiap kali anda tidak hadir ke sekolah anda perlu menanyakan kerja rumah daripada rakan yang anda percaya mengambil perhatian dalam kelas. Tambahan pula, bertanyalah daripada beberapa orang rakan supaya anda dapat memastikan sama ada kerja rumah itu adalah betul dan tepat. Kadangkala, rakan-rakan kita juga lupa akan kerja sekolah yang guru bagi. :)

Daripada,
PRS SRI AMAN

No comments:

Post a Comment