Sunday, February 14, 2010

Masalah

"PRS, saya dari kelas _____, saya telah mendapat 2A3B. Waktu Maths, saya tidak faham apa yang diajar. Malah, cikgu itu merendahkan saya dan kawan yang juga mendapat 2A. Kami rasa tidak layak bersekolah di Sri Aman. Tolonglah saya ..."

Kepada sahabatku,

Terima kasih kerana mengutarakan satu isu yang kerap berlaku. Pertama sekali, tidak ada seseorang pun yang tidak layak ke sekolah ini. Perkara ini pernah dinyatakan oleh pengetua kita sendiri. Sekolah ini bukan hanya mementingkan jumlah A yang anda peroleh, tetapi kami ingin pelajar yang mempunyai semangat untuk belajar dan mempunyai sikap yang baik. Saya berpendapat bahawa anda memiliki kedua-dua kriteria tersebut. Janganlah berputus asa dengan kritikan cikgu. Cikgu hanya ingin kamu berjaya dalam kehidupan. Anda dan rakan-rakan anda sudah lebih besar dan zaman persekolahan ini hanya akan bertambah sukar. Anda haruslah berusaha dengan lebih keras. Oleh itu, anggaplah keputusan UPSR anda itu sebagai titik tolak untuk lebih maju lagi. Tahun lepas telahpun berlalu, tahun ini tahun yang baru. Kuatkanlah semangat anda.

Daripada,
PRS SRI AMAN

No comments:

Post a Comment